Mesin Rumput Apa Yang Sesuai?

Mesin rumput apa yang sesuai!

Ramai bertanya mesin rumput apa yang sesuai untuk dibeli dan ramai yang ingin membeli mesin jenis silinder manual (reel mower manual) dan mesin rumput jenis tolak tetapi yang elektrik berwayar kerana harganya yang lebih rendah berbanding mesin lain.

Mari kami jelaskan…

Kami akan senaraikan mesin rumput yang ada di pasaran malaysia dan yang sesuai untuk laman rumah. Kami akan jelaskan kelebihan dan kekurangan untuk laman yang bagaimana.

Mesin Sandang (Brush Cutter)

Mesin ini ada yang panggil mesin galas, mesin ninja, mesin helikopter dan ada pelbagai lagi panggilan.

Kelebihan

  • Harga yang berpatutan
  • Mudah dibeli
  • Cara guna yang mudah
  • Terdapat 2 jenis mesin sandang iaitu jenis biasa dan berbatang lurus
  • Sesuai untuk trim tepi laman kawasan yang tidak dicapai mesin tolak

Kekurangan

  • Tidak mempunyai tahap potongan
  • Sukar dikawal ketinggian potongan biasanya sampai ke tanah dipotongnya
  • Boleh bergetar tangan seperti penyakit parkinson selepas menggunakannya

Mesin jenis ini disarankan untuk kegunaan tepi laman dan kawasan yang sukar mesin tolak masuk seperti celahan akar pokok besar.

Mesin Tolak Berputar ( Rotary Mower)

Mesin jenis ini banyak ada di pasaran malaysia dan paling dikenali, jika kita ingat masa di sekolah mesin jenis ini yang berwarna hijau digunakan untuk memotong rumput padang.

Mesin ini ada 3 jenis

  1. Mesin tolak elektrik
  2. Mesin tolak petrol
  3. Mesin tolak dipandu (ride-on)

Mesin Tolak Elektrik

Ramai yang beli dan guna mesin jenis elektrik ini disebabkan harganya yang murah bermula dari RM200++ dan keatas.

Sesuai untuk laman bawah 500kps, jika laman terlalu luas wayar agak mengganggu dan motor elektrik cepat rosak.

Kelebihan

  • Murah
  • Ada bekas kutip rumput yang dipotong
  • Kecil
  • Mudah disimpan

Kekurangan

  • Ringan tidak mampu potong rendah
  • Paling rendah 25-30mm potongan
  • Tidak boleh potong rumput tebal
  • Perlu potongan setiap minggu
  • Sukar dibaiki

Mesin Tolak Jenis Petrol Manual

Mesin jenis ini paling sesuai untuk laman rumah. Saiz yang tidak terlalu besar dan tidak berat menjadi pilihan ramai.

Kelebihan

  • Harga yang berpatutan rm700 keatas
  • Mudah dikendali tiada wayar
  • Saiz yang sesuai dengan laman rumah
  • Mempunyai bekas mengutip sisa rumput
  • Boleh potong rumput yang tebal
  • Paling rendah potongan 15mm

Kekurangan

  • Bunyi agak kuat
  • Perlukan petrol ( perlu keluar dan membelinya)
  • Perlu diselenggara
  • Perlu ditolak secara manual

Mesin Jenis Dipandu (Ride-On)

Mesin jenis ini selalu kita lihat di padang-padang sekolah, padang mainan atau di kawasan yang luas.

Ada pelbagai saiz mesin dipandu begini di pasaran.

Kelebihan

  • Sesuai untuk padang dan kawasan yang luas
  • Jimat masa berbanding jenis tolak manual
  • Ada yang mempunyai bekas penyedut sisa rumput

Kekurangan

  • Hanya sesuai untuk kawasan luas, rumah tidak sesuai
  • Perlu selenggara mesin
  • Harga yang rm15k keatas
  • Sukar dibawa perlu pada lori towing

Itulah dia beberapa jenis mesin rumput berputar (rotary mower) yang biasa diguna di Malaysia.

Demi kesesuaian di rumah kami mencadangkan mesin jenis petrol manual sangat tahan lasak dan mudah dijaga, jika rumput tebal pun ia mampu untuk potong berbanding mesin elektrik.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top