Asas penjagaan laman
- Syafiq
- Posted on
- 0 comments
Rumput merupakan tumbuhan hiasan penutup bumi, ia menjadi pilihan untuk menghiasi kawasan lapang di halaman rumah kerana menyejukkan laman dan cantik dilihat menghijau menghiasi halaman rumah.
Ramai diantara kita tidak tahu rumput juga seperti tumbuhan lain ianya tumbuh dan mati silih berganti. Ramai menyangka rumput sentiasa pendek dan tidak perlu dijaga terlalu kerap dan ada juga nasihat dari nurseri rumput hanya perlu dipotong 3-6 bulan sekali dan baja menggunakan baja urea sahaja.
Untuk mendapatkan hasil rumput yang sentiasa cantik dipandang, aktiviti penjagaan laman wajib dilakukan setiap bulan untuk mendapatkan keseragaman kecantikkan rumput setiap hari. Aktiviti penjagaan rumput tidak terlalu sukar jika kita mengetahui cara penjagaan yang betul. Kita hanya perlukan peralatan yang sesuai, produk yang betul dan sedikit masa untuk mendapatkan rumput yang cantik.
3 Asas Penting Penjagaan Rumput
Ada 3 asas penting penjagaan rumput dan dan 2 Aktiviti tambahan yang diperlukan untuk membantu rumput tumbuh sihat dan kuat melawan penyakit dan kerosakkan. Nak tahu? Jom, baca sampai habis.
1. Potong rumput
Potong rumput merupakan aktiviti paling asas dalam mencantikkan rumput, kekerapan potongan rumput juga membantu agar rumput tumbuh lebih rapat dan dapat mengurangkan jerami (thatch).
Berapa kerap perlu kita potong rumput?
Untuk halaman rumah kekerapan potongan bergantung kepada berapa masa yang boleh kita luangkan dan keadaan laman adakah redup atau rumput mendapat matahari yang cukup. Kekerapan yang dicadangkan adalah 2x – 4x sebulan iaitu potong setiap minggu atau 2 minggu sekali, ini merupakan kekerapan yang paling ideal untuk halaman rumah.
Berapa ketinggian yang perlu kita potong?
Ketinggian potongan bergantung kepada jenis rumput tetapi untuk halaman rumah kami mencadangkan ketinggian 20mm – 25mm tinggi rumput kebanyakkan jenis rumput di Malaysia. Ketinggian ini juga boleh untuk padang bola dan fairways padang golf. Green padang golf lebih rendah 3mm-6mm mengikut keperluan padang golf. Rumput boleh diukur menggunakan pembaris sahaja.
Apa itu Hukum 1 per 3?
Hukum 1/3 ini merupakan tanda aras memotong rumput, kita perlu potong 1 per 3 dari ketinggian rumput. Contohnya rumput berketinggian 30mm maka kita perlu potong (trim) 10mm bahagian atas rumput hasilnya tinggi rumput akan menjadi 20mm ini tinggi rumput yang ideal. [Rujukan]
2.Baja rumput
Kenapa kena baja?
Baja bukan makanan asas untuk rumput, baja hanya makanan tambahan (suplemen) yang membantu rumput yang mendapatkan nutrisi yang cukup. Rumput memerlukan 16 nutrisi untuk pertumbuhan yang baik. Untuk cepatkan rumput cantik baja sangat diperlukan.
Berapa banyak perlu baja?
Mengikut pendapat pakar baja yang diperlukan antara 800gram – 3000gram untuk 1000 kaki persegi (kps). Kami mencadangkan 2kg baja untuk setiap 1000kps keluasan laman. Jika laman 800kps x 2g (baja) bersamaan 1.6kg baja diperlukan. Tabur baja sehingga habis mengikut sukatan.
Berapa kerapa perlu baja?
Baja wajib ditabur setiap bulan mengikut keperluan rumput. Jika nampak rumput tumbuh terlalu cepat maka kita kurangkan sedikit kuantiti baja. Perlu di ingat setiap aktiviti perlu ada sukatan supaya mudah untuk kira dan mengelakkan pembaziran.
3.Siraman rumput
Rumput memerlukan air untuk membuat fotosintesis iaitu makan untuk rumput. Namun kita menyangka rumput perlu minum air setiap hari dan kita melakukan aktiviti siraman rumput setiap hari kecuali hari hujan. Seperti manusia rumput perlukan air mengikut keperluan juga. Walaupun kita berada di dalam sungai kita tidak minum air sepanjang masa kita di dalam air.
Berapa banyak rumput perlukan air?
Siraman rumput bila perlu sahaja, sukatan keperluan air untuk rumput hanya 1.5inci air seminggu. boleh rujuk gambar. Kami mencadangkan untuk siraman 2x – 3x seminggu sahaja. Sebelum siram rumput buat pemeriksaan tanah masih lembap atau sudah mula kering. Cucuk tanah menggunakan alatan tajam seperti pemutar skru, lihat dan rasa jika masih lembap atau kering.
Waktu yang sesuai untuk siram rumput?
Siram waktu pagi kerana rumput membuat fotosintesis waktu pagi dan elakkan siram selepas 5 petang kerana air tidak dapat tersejat kerana kurangnya panas matahari dan ini boleh mengakibatkan rumput mendapat penyakit seperti kulat dan membantu lumut tumbuh dikawasan lembap.
2 Aktiviti Tambahan
1.Pengudaraan tanah (Aeration)
Rumput akan mula nampak tidak cantik boleh disebabkan kepadatan tanah. Tanah yang padat menyukarkan oksigen yang diperlukan akar rumput untuk masuk kedalam tanah dan kepadatan tanah juga membantutkan pertumbuhan akar rumput kerana tiada ruang untuk akar tumbuh lebih dalam.
Kepadatan tanah juga menghalang nutrisi baja dari turun kebawah rumput dan akar rumput tidak dapat mengambil nutrisi yang diperlukan walaupun kita sudah tabur baja dengan banyak.
Berapa kerap kena buat pengudaraan tanah?
Setahun sekali sudah mencukupi untuk membuat aktiviti ini.
2.Nyah-jerami (Dethatching)
Jerami (thatch) terhasil daripada sisa rumput yang jatuh semasa proses pemotongan dilakukan dan juga dari proses tumbuh dan mati daun rumput. Jerami yang nipis ini diperlukan untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Namun bila jerami sudah terlalu banyak dan tebal ia menghalang oksigen dan baja dari masuk ke dalam tanah dan menghalang lebihan air dari keluar ini boleh menyebabkan fungus dan lumut menyerang rumput laman. Aktiviti nyah-jerami boleh dilakukan 2x setahun (6 bulan sekali).
Terdapat juga microbe yang mengurangkan jerami ini ia disembur setiap bulan untuk mengurangkan jerami.
5 aktiviti diatas dapat membantu mengurangkan risiko rumput rosak dan membantu mencantikkan rumput tumbuh lebih sihat dan kuat melawan penyakit.