Rumput Karpet – Elok?

Sebenarnya trend pemasangan rumput karpet dah semakin meluas dan semakin popular di Malaysia. Ada banyak sebab kenapa ia menjadi pilihan untuk membuatkan laman atau mana-mana kawasan lapang selain ia cantik.

Mungkin anda sendiri sedang mempertimbangkan untuk menanam rumput karpet di rumah anda? Jika ya, anda berada di tempat yang betul kerana disinilah anda akan temukan segalanya mengenai rumput karpet termasuk kelebihan dan kekurangannya.

Asas Rumput Karpet

Antara nama-nama lain untuknya ini adalah:

  • Louisiana Grass
  • Flat Grass
  • Petit Gazon

Namun, ada juga jenis rumput karpet tiruan, sintetik atau artificial. Bukanlah bermaksud ia tidak original sebaliknya ia merupakan rumput buatan. Biasanya ia dipasang pada bahagian selain daripada laman rumah dan pada permukaan bukan tanah.

Bagi jenis rumput karpet asli, terdapat dua jenis yang utama iaitu:

a. Narrowleaf Carpet Grass

Nama saintifiknya adalah axonopus affinis atau axonopus fissifolius merupakan jenis rumput karpet yang banyak digunakan di laman-laman. Hal ini kerana ia mempunyai ciri estetika yang lebih tinggi iaitu lebih menarik untuk dipandang.

Selain itu, ia juga tidak tumbuh melata dan lebih mudah untuk dijaga serta diuruskan.

b. Broadleaf Carpet Grass

Nama saintifik untuk jenis ini pula adalah axonopus compressus di mana ia lebih kasar dan mempunyai bilah daun yang lebih lebar. Ia juga merebak dengan sangat cepat sehinggakan ia lebih dikenali sebagai lalang berbanding rumput.

Namun, kita di Malaysia pula lebih mudah untuk menggelarkan rumput-rumput ini dengan nama seperti rumput karpet Phillipine dan juga rumput karpet Jepun. Selain daripada itu, untuk jenis rumput pula, terdapat jenis cow grass, mutiara dan juga bermuda.

Kelebihan

Antara sebab utama kenapa rumput jenis ini menjadi pilihan untuk laman-laman rumah adalah ia mampu untuk survive sekalipun keadaan tanah tidak kondusif untuk rumput jenis lain.

Ia juga mampu untuk tumbuh dengan baik sekalipun terlindung oleh kawasan teduh. Bukan semua pemilik rumah bernasib baik mendapat kawasan laman yang terdedah dengan baik oleh cahaya matahari. Kebanyakan jenis rumput lain pula sukar untuk tumbuh dengan baik sekiranya terlindung.

Selain itu, ia juga tidak memerlukan baja yang sangat banyak. Sebab itulah ia banyak digunakan di bandar-bandar terutamanya di kawasan taman dan kawasan-kawasan yang memerlukan “kehijauan” namun tidak memerlukan penjagaan yang kerap.

Antara kelebihan lainnya adalah, ia sangat padat dan akan merebak untuk memenuhi ruang-ruang kecil sekaligus membuang ruang untuk lalang tumbuh. Siapa yang mempunyai laman yang tidak terurus pasti stress bila nak kena menebas lalang-lalang ini kan?

Kekurangan Rumput Karpet

Kekurangan ini lebih kepada bagaimana kita menjaga dan memeliharanya. Sebagai contoh, antara masalah utama yang akan berlaku terhadap rumput ini adalah:

  • Kecederaan
  • Stress
  • Defisiensi
  • Cahaya matahari
  • Mutasi

Kesimpulan untuk artikel kali ini adalah, rumput jenis ini biasanya menjadi pilihan ramai untuk laman mereka kerana ia merupakan di antara tanaman atau jenis rumput yang agak mudah dijaga dan menjadikan laman anda kelihatan lebih cantik serta ‘menghijau’.

Barulah sedap mata memandang kan? Penjagaannya juga tidak susah. Ada juga baja khas yang anda boleh gunakan. Anda boleh gunakan Baja Khas Rumput yang kami sediakan ini untuk rumput anda.

Ia mengandungi humic acid yang akan memberikan nutrisi yang diperlukan oleh tanah sekaligus membolehkan tanah memegang baja dengan lebih lama di dalamnya. Ia sangat sesuai untuk semua jenis rumput.

Kesan penggunaan baja ini pula dapat dilihat selepas 4 ke 5 hari baja ini ditabur. Proses untuk membaja adalah sangat digalakkan untuk setiap bulan. Anda boleh klik di sini jika anda ingin mendapatkan baja tersebut daripada kedai kami.

Jika anda ingin mendapatkan servis berkaitan penanaman rumput, pemasangan pave, landskap atau konkrit imprint, anda boleh hubungi kami.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top